Showing posts with label pengasas sekolah. Show all posts
Showing posts with label pengasas sekolah. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

Sejarah II


Penubuhan sesebuah sekolah adalah hasil daripada kesedaran masyarakat yang dimenifestasikan melalui beberapa orang wakil yang terpilih untuk menjadi tulang belakang kepada penubuhan sekolah terebut. Gambar di atas adalah mereka yang bertuah memberi sumbangan bakti untuk melayakkan mereka terukir dalam sejarah SMK Pangkal Kalong kerana mereka berada pada masa dan tempat yang betul.

Peranan mereka antara lain memujuk penduduk kampung supaya menghantar anak-anak ke sekolah, memberi galakan bahkan dalam bentuk bantuan yang perlu bagi memungkinkan anak-anak hadir di sekolah. Selain itu mereka juga berperanan meyakinkan pihak berwajib bahawa penubuhan sekolah di kampung ini benar-benar keperluan yang datang dari hati nurani penduduk tempatan.

Friday, February 12, 2010

Sejarah I


Sejarah penubuhan SMK Pangkal Kalong adalah merupakan satu rentetan kejayaan dan perkembangan SK Pangkal Kalong. SK Pangkal Kalong telah dibina dalam tahun 1943 untuk menyediakan kemudahan pendidikan formal kepada penduduk setempat. 20 tahun selepas itu, keperluan kepada sebuah sekolah menengah telah dirasakan memandangkan semakin ramai anak tempatan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah (sekolah yang terdekat ialah SM Ketereh - 20 minit berjalan kaki pada masa itu). Kesukaran penduduk untuk berulang-alik ke SM ketereh telah dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran oleh Tn. Hj. Mahmood b. Hj. Ahmad (Allahyarham) yang dikenali dengan nama cikgu Besar Hj. Mahmood dikalangan penduduk kampung. Aduan ini diterima baik oleh pihak kerajaan dan akhirnya pada 1 Jan 1965 bermulalah tingkatan 1 sekolah ini dengan menumpang sementara di SK Pangkal Kalong untuk beberapa tahun.