Monday, July 26, 2010

Kembali Berbakti

1. Selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ini dan semasa tulisan ini dihantar 'members' di face book alumni SMK pangkal kalong berjumlah 211 orang.

2. Jika dikira secara kasar lepasan SMK Pangkal Kalong setelah 45 tahun penubuhannya mungkin telah mencecah lebih 6000 orang.

3. Dalam jumlah tersebut tentu ada yang berkemampuan memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang masing-masing samada dalam bentuk tenaga, kepakaran mahupun wang ringgit. Dan sudah tentu dalam masa yang singkat boleh mengubah lanskap dan wajah SMK Pangkal Kalong yang kita cintai ini.

Moto Alumni 'KEMBALI BERBAKTI'

1. AJK Alumni telah memilih Moto 'KEMBALI BERBAKTI' yang menuntut supaya kita supaya kembali memberi sumbangan yang bermakna kepada sekolah dalam bidang yang kita kuasai.

2. Semenjak saya bertugas di sekolah ini mulai tahun 2000, pihak sekolah sering menerima permohonan dari bekas pelajar untuk mengadakan perjumpaan alumni. Bilangan permohonan bertambah semasa pada musim perayaan. Bagi saya ini adalah perkembangan yang baik kerana ini merupakan bibit permulaan bagi penubuhan 1 badan induk alumni SMK Pangkal Kalong.

2. Gesaan suapaya membentuk satu jawatankuasa penaja alumni SMK Pangkal Kalong timbul dalam satu mesyuarat AJK PIBG awal tahun 2009. AJK penaja ini ditugaskan memulakan langkah bagi penubuhan Persatuan Bekas Pelajar SMK Pangkal Kalong (Alumni) bermula daripada membuat surat permohonan, mendaftar persatuan, mencari ahli dan merangka aktiviti.

Kempen Menambah Ahli

1. Untuk mendapatkan ahli alumni tidaklah susah kerana pergi sahaja kemana-mana rumah, kedai kopi atau masjid dan surau di sekitar 5 km daripada SMK Pangkal Kalong, sudah pasti 90% daripadanya adalah bekas pelajar SMK Pangkal Kalong.

2. Lagi pun apalah maknanya alumni dan reunion jika mereka boleh berjumpa bila-bila masa saja.

3. Alumni dan reunion lebih bermakna jika yang hadir adalah rakan-rakan yang lama berpisah dan datang pula untuk berkongsi kejayaan masa kini dan mengimbau kenangan masa lalu.

4. Pihak AJK akan berusaha meghubungi bekas pelajar dengan merujuk kepada majalah tahunan sekolah. Namun majalan sekolah hanya mula dikeluarkan dalam tahun 1990-an dan bukan setiap keluaran memuatkan nama dan alamat pelajar. Oleh itu sudah pasti bilangan amat terhad.

5. Selain itu pihak AJK akan cuba menyiarkan berita kempen keahlian dan perjumpaan hari raya di radio atau akhbar tempatan.

6. Saya juga menerima sokongan daripada beberapa individu perseorangan untuk menyebarkan berita ini dikalangan kawan-kawan masing-masing.

Projek Reunion - Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri 2010

1. Projek di atas ialah salah satu aktiviti dalam kalendar perancangan alumni SMK Pangkal Kalong tahun ini.

2. Projek ini akan di adakan pada hari raya ke tiga atau pada 12 September ini pada jam 9.00 malam.

3. Program pada malam tersebut dirancang dalam bentuk perjumpaan seluruh bekas pelajar SMK Pangkal Kalong sejak 1965!

4. Antara aktiviti dalam program tersebut ialah:
  • Majlis sumbang saran antara AJK Alumni 2010 dengan peserta/hadirin.
  • Pendaftaran ahli/pemberian cendera mata.
  • Persembahan sajak, ucapan pendek bekas pelajar atau persembahan lagu lama/hariraya bagi yang pandai menyanyi!
  • Jamuan ringan hari raya.
  • Penyerahan sumbangan kepada wakil sekolah/PIBG

5. Kepada semua pengunjung blog dan face book alumni SMK Pangkal Kalong diharap dapat menyebarkan berita ini kepada kawan-kawan agar dapat memeriahkan facebook ini dan seterusnya majlis hari raya yang dirancang.

Terima kasih

Thursday, March 4, 2010

To Sir With Love

Lagu kenangan masa sekolah

Those schoolgirl days of telling tales and biting nails are gone
But in my mind I know they will still live on and on
But how do you thank someone who has taken you from crayons to perfume?
It isn't easy, but I'll try

If you wanted the sky I would write across the sky in letters
That would soar a thousand feet high 'To Sir, With Love'

The time has come for closing books and long last looks must end
And as I leave I know that I am leaving my best friend
A friend who taught me right from wrong and weak from strong
That's a lot to learn, but what can I give you in return?

If you wanted the moon I would try to make a start
But I would rather you let me give my heart 'To Sir, With Love'

[Instrumental Interlude to end]

Wednesday, February 17, 2010

Siapa Anda?

Batch 2000
Batch 2000
Hari Penyampaian Hadiah Tahun 1972

Pasukan Bola Jaring Tahun 1971


Pasukan Bola Sepak Tahun 1971


Klik pada gambar untuk melihat dalam format yang lebih besar.

Tinggalkan mesej untuk memberitahu dimana anda sekarang.

Monday, February 15, 2010

Siapa anda, di mana anda berada?



Sila klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.

Mengikut rekod gambar ini diambil pada tahun 1971, tingkatan 3A, SMR Pangkal Kalong. Jika anda adalah salah seorang daripada murid dalam gambar di atas, sila tinggalkan nama, alamat dan maklumat diri pada bahagian komen.

Reunion 14 Feb 2010


Gambar kenangan.

Sunday, February 14, 2010

The Right People in the Right Place at the Right Time


Orang yang betul, tempat yang betul dan masa yang betul.
Apabila tiga unsur ini datang pada satu masa, maka sudah pasti satu sumbangan yang bermakna akan terhasil dan sejarah tercipta.

Saturday, February 13, 2010

Sejarah II


Penubuhan sesebuah sekolah adalah hasil daripada kesedaran masyarakat yang dimenifestasikan melalui beberapa orang wakil yang terpilih untuk menjadi tulang belakang kepada penubuhan sekolah terebut. Gambar di atas adalah mereka yang bertuah memberi sumbangan bakti untuk melayakkan mereka terukir dalam sejarah SMK Pangkal Kalong kerana mereka berada pada masa dan tempat yang betul.

Peranan mereka antara lain memujuk penduduk kampung supaya menghantar anak-anak ke sekolah, memberi galakan bahkan dalam bentuk bantuan yang perlu bagi memungkinkan anak-anak hadir di sekolah. Selain itu mereka juga berperanan meyakinkan pihak berwajib bahawa penubuhan sekolah di kampung ini benar-benar keperluan yang datang dari hati nurani penduduk tempatan.