Wednesday, February 17, 2010

Siapa Anda?

Batch 2000
Batch 2000
Hari Penyampaian Hadiah Tahun 1972

Pasukan Bola Jaring Tahun 1971


Pasukan Bola Sepak Tahun 1971


Klik pada gambar untuk melihat dalam format yang lebih besar.

Tinggalkan mesej untuk memberitahu dimana anda sekarang.

Monday, February 15, 2010

Siapa anda, di mana anda berada?



Sila klik pada gambar untuk mendapatkan saiz yang lebih besar.

Mengikut rekod gambar ini diambil pada tahun 1971, tingkatan 3A, SMR Pangkal Kalong. Jika anda adalah salah seorang daripada murid dalam gambar di atas, sila tinggalkan nama, alamat dan maklumat diri pada bahagian komen.

Reunion 14 Feb 2010


Gambar kenangan.

Sunday, February 14, 2010

The Right People in the Right Place at the Right Time


Orang yang betul, tempat yang betul dan masa yang betul.
Apabila tiga unsur ini datang pada satu masa, maka sudah pasti satu sumbangan yang bermakna akan terhasil dan sejarah tercipta.

Saturday, February 13, 2010

Sejarah II


Penubuhan sesebuah sekolah adalah hasil daripada kesedaran masyarakat yang dimenifestasikan melalui beberapa orang wakil yang terpilih untuk menjadi tulang belakang kepada penubuhan sekolah terebut. Gambar di atas adalah mereka yang bertuah memberi sumbangan bakti untuk melayakkan mereka terukir dalam sejarah SMK Pangkal Kalong kerana mereka berada pada masa dan tempat yang betul.

Peranan mereka antara lain memujuk penduduk kampung supaya menghantar anak-anak ke sekolah, memberi galakan bahkan dalam bentuk bantuan yang perlu bagi memungkinkan anak-anak hadir di sekolah. Selain itu mereka juga berperanan meyakinkan pihak berwajib bahawa penubuhan sekolah di kampung ini benar-benar keperluan yang datang dari hati nurani penduduk tempatan.

Persiapan untuk Majlis Reunion Alumni SMK Pangkal Kalong Tahun 2010

gambar ni kami ambil masa perjumpaan ajk kali ke 4 (kalau tak silap la). hari rabu 10 feb 2010 jam 9 mlm.. sorang tak hadir sbb ada dinner

gambar ni kami ambil selepas buat persiapan utk majlis reunion. hari sabtu 13 feb 2010 lebih kurang jam 11 pg.. sorang tak hadir sbb kerja...

dijangka dlm 100 org yg hadir esok

kaunter pendaftaran ahli..

meja utk hidangan jemputan. layan diri.. hehe..

sibuk menyusun...

Friday, February 12, 2010

Sejarah I


Sejarah penubuhan SMK Pangkal Kalong adalah merupakan satu rentetan kejayaan dan perkembangan SK Pangkal Kalong. SK Pangkal Kalong telah dibina dalam tahun 1943 untuk menyediakan kemudahan pendidikan formal kepada penduduk setempat. 20 tahun selepas itu, keperluan kepada sebuah sekolah menengah telah dirasakan memandangkan semakin ramai anak tempatan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah (sekolah yang terdekat ialah SM Ketereh - 20 minit berjalan kaki pada masa itu). Kesukaran penduduk untuk berulang-alik ke SM ketereh telah dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran oleh Tn. Hj. Mahmood b. Hj. Ahmad (Allahyarham) yang dikenali dengan nama cikgu Besar Hj. Mahmood dikalangan penduduk kampung. Aduan ini diterima baik oleh pihak kerajaan dan akhirnya pada 1 Jan 1965 bermulalah tingkatan 1 sekolah ini dengan menumpang sementara di SK Pangkal Kalong untuk beberapa tahun.